Friday 8 May 2015

Hari Lapor Diri

SEK MEN AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG, 
MEMPAGA,
28600 KARAK,

TARIKH PENDAFTARAN : 29 JANUARI 2013 (SELASA)
MASA                                 : 9.00 PAGI


     Waktu pagi sebelum sy nak mendaftarkan diri kat SUPERB, terasa semangat giler....! Semangat dah terasa walaupun x gerak pon lagi.. Hahaha.... Al maklumlah, memang dari dulu sy nak sangat masuk asrama... Alhamdulillah, tersampai juga hajat nak duduk asrama..  Opah dan atok sy pun ikut sekali ke Bentong, Pahang... So far, perjalanan like normal lah kan lalu highway nie.... Tapi, sampai je kat Karak, pom pom, kena masuk jalan kampung yg giler sempit... Memang dasyat giler jalan... Jalan tuw dikelilingi hutan2, bukit bakau, rumah2 kampung, dan jalan lak berliku-liku... Pergh, penuh dengan cabaran jugak jalan ke SUPERB nie... Hehehe... Btw, akhirnya sy sampai jugak ke SUPERB... Panjang jugak jalan kampung yang kena lalu nak p SUPERB... Dugaan~....

     Okey, teruskan cerita... Sy terpegun betol first time nampak SUPERB.... dari luar pagar nampak padang dan astaka sekolah besaaaaaar sngt....! Nampaklah betapa besarnya SUPERB... Hermm, waktu sy sampai tuw, dah banyak dah kereta kat SUPERB... Kira sy nie terlewat sikit lah jugak.... tempat parking yang bnyak pon, dah penuh..... Btw, ada adik2 yg berpakaian t-shirt unit beruniform (Kadet Polis ke, KRS tah.. Hehehe...) berdiri kat tepi2 jalan tolong carikan parking.... Alhamdulillah, kiteorang parking kereta berdekatan asrama lelaki dan kantin.... Wuu~ Kali pertama menjejakkan kaki di SUPERB...

     Sy tengok senarai nama pelajar form4, alhamdulillah sy ditempatkan di kelas 4 Ibnu Rushd....! Sebagai tambahan, terperasan lak nama Muhammad Syamil (Kenalan Facebook, knl sebelum hari pendaftaran lagi) sama kelas dngn aku.. Hahaha.. Nice~ Rumah sukan lak, dpt rumah biru (Al-Biruni). N sy dpt dorm Biruni 4, aras paling bawah sekali n paling dekat dengan dewan makan (DeMa)... Alhamdulillah, nak angkat barang sume senang lah, x payah naik tangga.. First day nie, family dibenarkan masuk asrama... Dorm tuw ade 4 katil double decker, means 1 dorm boleh 8 org duduk... Just saiz bilik je dorm tuw... ada privacy sikit... waktu mule2 masuk dorm tuw, dorm tuw just ada 4 org ahli termasuk sy,
1- Firdaus (Form 1)
2- Hafiz (Form 2)
3- (Form 2)
4. Saya (Form 4)

Baik2 blake dieorng nie... Haha... Dah selesai angkat barang sumer, dah tibalah masanya family balik ke rumah...


Tuesday 21 April 2015

Sebelum Masuk SUPERB

Sebelum PMR

      Haaa, sy amik PMR tahun 2012. Batch sy batch yg ke-2 terakhir ambil PMR sebelum KPM menukarkan PMR kepada PT3 pada tahun 2014. Suatu hari sebelum PMR berlangsung, GPK HEM sekolah sy, Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI) mengumumkan bahawa sistem permohonan kemasukan Ting. 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2013 dah dibuka. Sy excited GILER dengar pengumuman tuw. Memang dari sekolah rendah lagi sy nak sngt duduk kat asrama. Tp apakah daya, result UPSR n PSRA sy x cukup hebat nak masuk asrama. Huhuhu... Kali nie, sy berharap lah result PMR sy okey dan dapat masuk SBP. 

     Permohonan tuw secare online, senanglah nak memohon, so sy pon mohonlah dengan gembira. Yeay.... Dalam pemohonan SBP, perlu dinyatakan pilihan SBP yg kita nak. Dalam banyak2 senarai SBP yg ada, sy pilih KISAS. HAHAHA...! Kenapa KISAS...? Sebab KISAS jelah yg selalu sy dengar SBP yg mempunyai reputasi yg bagus. Waktu tuw sy x tahu lg BETAPA BANYAK lg SBP yg bguz2 belaka selain KISAS.Otak sy just memikirkan KISAS je.

     Dalam ruangan "Adakah anda setuju ditempatkan di SBP selain pilihan anda?", sy letak lah "YA". Sebab takut x dapat tempat di KISAS lak. Al-maklumlah, kan ramai yg memohon KISAS kan.. Katanya saingan sengit nak masuk KISAS. Sy mohon aliran Sains Tulen sbb mak sy kata aliran Sains Tulen boleh sambung belajar dlm apa2 jenis bidang sekali pon dan peluang tu terbuka luas, lagi2 sy aim nak jd engineer. Lagi pun, KISAS x ada aliran Sains Teknikal. So, sy mohon je lah Sains Tulen. Beberapa hari selepas tuw, sy pon hantarlah salinan pemohonan dan salinan sijil2 yang berkaitan ke KISAS.

     Sebenarnya, ada 2 lagi sekolah impian sy ketika itu selain KISAS.
     1) Maktab Rendah Sains Mara, MRSM
     2) Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah , SIS

     SIS tuw pon sy mohon jugak. Tp MRSM sy tak mohon. Sy x tahu kenapa sy x apply MRSM waktu tuw. Maybe sebab sy x berapa yakin dengan result PMR sy nanti. Yela, result trail PMR sy pon just dpt 3A 5B 1C je... Tulah result paling bagus sy sebelum PMR sebenar... Hemm.. Entah lah...

Selepas PMR

     Alhamdulillah, sy dpt straight A, 9A PMR. Result nie amat mengejutkan sy sekeluarga sebab ini adalah result terbaik yg pernah sy dapat sebelum nie. Result trail PMR sy pon just 3A, Alhamdulillah, rezeki Allah yg tetapkan. Tahun yg sama, ada 7 orang yg dapat 9A. 1 orang lelaki, 6 orang perempuan. Lepas sy dapat result PMR, GPK HEM memberi nasihat kepada sy untuk mengisi borang pemohonan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) yg lain. GPK HEM minta sy buat pemohonan tuw sbb sekolah sy, SAM Nurul Iman tak ada aliran sains. Jadi, sy mohonlah SAM Bestari dan SAMT Hishamuddin Kampung Jawa.

Result Pemohonan Sekolah

     Alhamdulillah, sy mendapat bnyk tawaran sekolah... Tp permohonan ke SBP tuw, sy x dapat KISAS, sy dapat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) aliran Sains Tulen...!!! HAHAHA...!!! Terkejut jugaklah dpt SUPERB sbb sy x pernah tahu langsung tentang kewujudan SUPERB...Yg sy tahu Lebuhraya Karak... wuuu~  Sy tanya lah MR. Google pasal SUPERB... Patutlah sy x pernah dengar pasal sekolah tuw, rupanya SUPERB baru je wujud.. Waktu sy terima tawaran tuw, usia sekolah SUPERB x sampai setahun lg... SUPERB baru ditubuhkan 8 bulan sebelum sy terima tawaran ke situ. Muda lg SUPERB nie~

     Tahun tu jgk, just ada 2 orang je student skolah sy yg dpt SBP iaitu sy sendiri dan Zaki (bukan nama sebenar) (8A). Zaki dpt SBPI Sabak Bernam (INTERSIBER) aliran sains Teknikal. Mesti korang tertanya-tanya kan yg lagi 6 orang perempuan 9A tuw x dpt SBP ke... Yup, dieorang x dpt SBP... Rezeki dieorng bukan di SBP... Sbb ape? Katenya, dieorang apply KISAS dan ruangan "Adakah anda setuju ditempatkan di SBP selain pilihan anda?" dieorang letak "TIDAK".. Jadi, mungkin inilah puncanya. Just Mungkin... Kalau nak tawu secara sahih, tepat dan jitu, kena pergi Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan lah tanya sendiri... Hehehe... Btw, ada seorang perempuan 9A tuw memang nak stay kat SAMNI pon. n Dia seorang je pelajar 9A daripada 7 orang tuw yg stay kat SAMNI sampai SPM.. Baki 6 orang lagi termasuk sy berhijrah ke sekolah lain. Sy berpindah ke SUPERB, 5 orang lg berpindah ke SAM Bestari...

Tawaran-tawaran Sekolah yg sy dapat;
1) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, SUPERB (SBP) (Sains Tulen)
2) Sekolah Menengah Agama Izzuddin Syah, SIS (Sekolah Agama Kerajaan Negeri) (Sains)
3) Sekolah Agama Menengah Bestari, SAM BEST (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, SABK) (Sains)

Berdasarkan sistem SABK, student SAMNI yg dpt result tertentu ditetapkan sekolah untuk mereka selapas PMR iaitu:
 1. PMR 7A = SAMT Hishamuddin Kampung Jawa, SAMTiSH
 2. PMR 8A = SAMT Tengku Ampuan Jemaah , SAMT TAJ
 3. PMR 9A = SAM Bestari, SAM Best

p/s: Pengalaman ini dikongsi bukan untuk berbangga-bangga or what... Just berharap agar pembaca dapat menjadikan panduan halatuju selepas PMR/PT3...

Tuesday 14 April 2015

Pengenalan

     Assalamu`alaikum.... Hye~ Alhamdulillah, akhirnya saya kembali menulis blog semula selepas sekian lama meninggalkan penulisan blog nie. Last saya buat blog tahun 2010 rasanya. Sekarang dah tahun 2015, umur pun dah 18 tahun. Hahaha.

     Oleh kerana umur pun baru 18 tahun, so, pengalaman tuw takdelah banyak sangat untuk dikongsikan. Tapi sy nak kongsi jugak pengalaman sy, hehehe...... Alright, sy nak berkongsi serba sedikit pengalaman sy time duduk 2 tahun di SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG atau lebih dikenali sebagai SUPERB.

       SUPERB ( Sekolah Ugama PERsekutuan Bentong) bermaksud hebat di kalangan yang hebat sesuai dengan trademark sekolah "Melangkaui Kecemerlangan". Perkataan Ugama diambil daripada ejaan lama kepada Agama.

Fakta Tentang SUPERB;
i.   Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-7 di negeri Pahang.
ii.  Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang ke-3 di seluruh Malaysia
iii. SBP Pertama yg menggunakan Modul Tahfiz Ulul Albab di seluruh Malaysia....!

 Menarik kan...???!!!!!

     SUPERB mula beroperasi sepenuhnya pada 11/6/2012 dengan 20 orang guru dan 8 orang staf. Pada tarikh 15/6/2012 pula, 68 orang pelajar first batch telah mendaftar di SUPERB.

   
     Saya plak mula masuk SUPERB pada 25/3/2013 bersama-sama dengan student2 tingkatan 4 panggilan pertama yang lain. Means, time  kiteorang masuk SUPERB tuw, dah ada pelajar yg belajar di SUPERB iaitu pelajar tingkat 1 dan tingkatan 2... Pelajar tingkatan 3,4 dan 5 tak ada lagi. Kiteorg masuk2 je, teros jadi senior.. Hahaha..!

1) First Batch SUPERB, Evolution Of Nucleus, EON ( Tingkatan 1 ) (June 2012)

2) Second Batch SUPERB, Predominate ( Tingkatan 1 ) (January 2013)

3) Third Batch SUPERB, Valours ( Tingkatan 4 ) (March 2013) <-- Batch aku

4) Fourth Batch SUPERB, Camaradarie ( Tingkatan 1 ) (January 2014)

5) Fifth Batch SUPERB, Panthera ( Tingkatan 4 ) (March 2014)

Jadi, batch di SUPERB menjadi lengkap mulai bulan March 2014 dengan susunan batch;

1) Tingkatan 1 = Camaradarie
2) Tingkatan 2 = Predominate
3) Tingkatan 3 = Evolution Of Nucleus, EON
4) Tingkatan 4 = Panthera
5) Tingkatan 5 = Valours  <-- Batch aku

Inilah (termasuk guru2 dan staff) penggerak-penggerak terawal SUPERB... Pelbagai rintangan dan cabaran yg telah kami lalui sehingga tersenarai dalam kelompok sekolah2 yang amat disegani di negeri Pahang & di negara Malaysia.