Tuesday 14 April 2015

Pengenalan

     Assalamu`alaikum.... Hye~ Alhamdulillah, akhirnya saya kembali menulis blog semula selepas sekian lama meninggalkan penulisan blog nie. Last saya buat blog tahun 2010 rasanya. Sekarang dah tahun 2015, umur pun dah 18 tahun. Hahaha.

     Oleh kerana umur pun baru 18 tahun, so, pengalaman tuw takdelah banyak sangat untuk dikongsikan. Tapi sy nak kongsi jugak pengalaman sy, hehehe...... Alright, sy nak berkongsi serba sedikit pengalaman sy time duduk 2 tahun di SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN BENTONG atau lebih dikenali sebagai SUPERB.

       SUPERB ( Sekolah Ugama PERsekutuan Bentong) bermaksud hebat di kalangan yang hebat sesuai dengan trademark sekolah "Melangkaui Kecemerlangan". Perkataan Ugama diambil daripada ejaan lama kepada Agama.

Fakta Tentang SUPERB;
i.   Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ke-7 di negeri Pahang.
ii.  Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang ke-3 di seluruh Malaysia
iii. SBP Pertama yg menggunakan Modul Tahfiz Ulul Albab di seluruh Malaysia....!

 Menarik kan...???!!!!!

     SUPERB mula beroperasi sepenuhnya pada 11/6/2012 dengan 20 orang guru dan 8 orang staf. Pada tarikh 15/6/2012 pula, 68 orang pelajar first batch telah mendaftar di SUPERB.

   
     Saya plak mula masuk SUPERB pada 25/3/2013 bersama-sama dengan student2 tingkatan 4 panggilan pertama yang lain. Means, time  kiteorang masuk SUPERB tuw, dah ada pelajar yg belajar di SUPERB iaitu pelajar tingkat 1 dan tingkatan 2... Pelajar tingkatan 3,4 dan 5 tak ada lagi. Kiteorg masuk2 je, teros jadi senior.. Hahaha..!

1) First Batch SUPERB, Evolution Of Nucleus, EON ( Tingkatan 1 ) (June 2012)

2) Second Batch SUPERB, Predominate ( Tingkatan 1 ) (January 2013)

3) Third Batch SUPERB, Valours ( Tingkatan 4 ) (March 2013) <-- Batch aku

4) Fourth Batch SUPERB, Camaradarie ( Tingkatan 1 ) (January 2014)

5) Fifth Batch SUPERB, Panthera ( Tingkatan 4 ) (March 2014)

Jadi, batch di SUPERB menjadi lengkap mulai bulan March 2014 dengan susunan batch;

1) Tingkatan 1 = Camaradarie
2) Tingkatan 2 = Predominate
3) Tingkatan 3 = Evolution Of Nucleus, EON
4) Tingkatan 4 = Panthera
5) Tingkatan 5 = Valours  <-- Batch aku

Inilah (termasuk guru2 dan staff) penggerak-penggerak terawal SUPERB... Pelbagai rintangan dan cabaran yg telah kami lalui sehingga tersenarai dalam kelompok sekolah2 yang amat disegani di negeri Pahang & di negara Malaysia.









1 comment:

  1. Assalamualaikum adik arif.Skrg adik sambung bljr d mana?

    ReplyDelete