Tuesday 21 April 2015

Sebelum Masuk SUPERB

Sebelum PMR

      Haaa, sy amik PMR tahun 2012. Batch sy batch yg ke-2 terakhir ambil PMR sebelum KPM menukarkan PMR kepada PT3 pada tahun 2014. Suatu hari sebelum PMR berlangsung, GPK HEM sekolah sy, Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI) mengumumkan bahawa sistem permohonan kemasukan Ting. 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2013 dah dibuka. Sy excited GILER dengar pengumuman tuw. Memang dari sekolah rendah lagi sy nak sngt duduk kat asrama. Tp apakah daya, result UPSR n PSRA sy x cukup hebat nak masuk asrama. Huhuhu... Kali nie, sy berharap lah result PMR sy okey dan dapat masuk SBP. 

     Permohonan tuw secare online, senanglah nak memohon, so sy pon mohonlah dengan gembira. Yeay.... Dalam pemohonan SBP, perlu dinyatakan pilihan SBP yg kita nak. Dalam banyak2 senarai SBP yg ada, sy pilih KISAS. HAHAHA...! Kenapa KISAS...? Sebab KISAS jelah yg selalu sy dengar SBP yg mempunyai reputasi yg bagus. Waktu tuw sy x tahu lg BETAPA BANYAK lg SBP yg bguz2 belaka selain KISAS.Otak sy just memikirkan KISAS je.

     Dalam ruangan "Adakah anda setuju ditempatkan di SBP selain pilihan anda?", sy letak lah "YA". Sebab takut x dapat tempat di KISAS lak. Al-maklumlah, kan ramai yg memohon KISAS kan.. Katanya saingan sengit nak masuk KISAS. Sy mohon aliran Sains Tulen sbb mak sy kata aliran Sains Tulen boleh sambung belajar dlm apa2 jenis bidang sekali pon dan peluang tu terbuka luas, lagi2 sy aim nak jd engineer. Lagi pun, KISAS x ada aliran Sains Teknikal. So, sy mohon je lah Sains Tulen. Beberapa hari selepas tuw, sy pon hantarlah salinan pemohonan dan salinan sijil2 yang berkaitan ke KISAS.

     Sebenarnya, ada 2 lagi sekolah impian sy ketika itu selain KISAS.
     1) Maktab Rendah Sains Mara, MRSM
     2) Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah , SIS

     SIS tuw pon sy mohon jugak. Tp MRSM sy tak mohon. Sy x tahu kenapa sy x apply MRSM waktu tuw. Maybe sebab sy x berapa yakin dengan result PMR sy nanti. Yela, result trail PMR sy pon just dpt 3A 5B 1C je... Tulah result paling bagus sy sebelum PMR sebenar... Hemm.. Entah lah...

Selepas PMR

     Alhamdulillah, sy dpt straight A, 9A PMR. Result nie amat mengejutkan sy sekeluarga sebab ini adalah result terbaik yg pernah sy dapat sebelum nie. Result trail PMR sy pon just 3A, Alhamdulillah, rezeki Allah yg tetapkan. Tahun yg sama, ada 7 orang yg dapat 9A. 1 orang lelaki, 6 orang perempuan. Lepas sy dapat result PMR, GPK HEM memberi nasihat kepada sy untuk mengisi borang pemohonan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) yg lain. GPK HEM minta sy buat pemohonan tuw sbb sekolah sy, SAM Nurul Iman tak ada aliran sains. Jadi, sy mohonlah SAM Bestari dan SAMT Hishamuddin Kampung Jawa.

Result Pemohonan Sekolah

     Alhamdulillah, sy mendapat bnyk tawaran sekolah... Tp permohonan ke SBP tuw, sy x dapat KISAS, sy dapat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) aliran Sains Tulen...!!! HAHAHA...!!! Terkejut jugaklah dpt SUPERB sbb sy x pernah tahu langsung tentang kewujudan SUPERB...Yg sy tahu Lebuhraya Karak... wuuu~  Sy tanya lah MR. Google pasal SUPERB... Patutlah sy x pernah dengar pasal sekolah tuw, rupanya SUPERB baru je wujud.. Waktu sy terima tawaran tuw, usia sekolah SUPERB x sampai setahun lg... SUPERB baru ditubuhkan 8 bulan sebelum sy terima tawaran ke situ. Muda lg SUPERB nie~

     Tahun tu jgk, just ada 2 orang je student skolah sy yg dpt SBP iaitu sy sendiri dan Zaki (bukan nama sebenar) (8A). Zaki dpt SBPI Sabak Bernam (INTERSIBER) aliran sains Teknikal. Mesti korang tertanya-tanya kan yg lagi 6 orang perempuan 9A tuw x dpt SBP ke... Yup, dieorang x dpt SBP... Rezeki dieorng bukan di SBP... Sbb ape? Katenya, dieorang apply KISAS dan ruangan "Adakah anda setuju ditempatkan di SBP selain pilihan anda?" dieorang letak "TIDAK".. Jadi, mungkin inilah puncanya. Just Mungkin... Kalau nak tawu secara sahih, tepat dan jitu, kena pergi Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan lah tanya sendiri... Hehehe... Btw, ada seorang perempuan 9A tuw memang nak stay kat SAMNI pon. n Dia seorang je pelajar 9A daripada 7 orang tuw yg stay kat SAMNI sampai SPM.. Baki 6 orang lagi termasuk sy berhijrah ke sekolah lain. Sy berpindah ke SUPERB, 5 orang lg berpindah ke SAM Bestari...

Tawaran-tawaran Sekolah yg sy dapat;
1) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, SUPERB (SBP) (Sains Tulen)
2) Sekolah Menengah Agama Izzuddin Syah, SIS (Sekolah Agama Kerajaan Negeri) (Sains)
3) Sekolah Agama Menengah Bestari, SAM BEST (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, SABK) (Sains)

Berdasarkan sistem SABK, student SAMNI yg dpt result tertentu ditetapkan sekolah untuk mereka selapas PMR iaitu:
 1. PMR 7A = SAMT Hishamuddin Kampung Jawa, SAMTiSH
 2. PMR 8A = SAMT Tengku Ampuan Jemaah , SAMT TAJ
 3. PMR 9A = SAM Bestari, SAM Best

p/s: Pengalaman ini dikongsi bukan untuk berbangga-bangga or what... Just berharap agar pembaca dapat menjadikan panduan halatuju selepas PMR/PT3...

8 comments:

  1. As salam adik boleh makcik tahu adik UPSR dapat berapa dulu ? anak makcik dapat 2A, 2B & 1C, tapi dia ingin sangGat masuk asrama, tapi result dia tak bagus , makcik nak bagi semanggat kat dia adik boleh dia mesti bolehkan... Mak Chik Adah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. Sy dpt 3A 2B UPSR.. Tapi sy masuk SUPERB guna result 9A PMR sy.. Waktu sy UPSR dulu, sy ada seorang kawan yg dapat 2A, 2B & 1C jgk mcm anak makcik... Dan dia masuk sekolah asrama Tahfiz di Ipoh, Perak.. Nama sekolah tu Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah...

      Delete
    2. Anak makcik masih UPSR.. Result 2A, 2B & 1C bg sy dah bagus.. cuma dengan result tersebut, agak sukar untuk masuk Boarding School.. Seandainya anak makcik x dpt sekolah yg dia nak, it's okay kalau belajar kat sekolah harian biasa.. Belajar di mana-mana pon sama saja sebenarnya.. Yang penting niat kena betul untuk menimba ilmu.. Cuba dapatkan result yg terbaik untuk pt3 nanti pula.. Inn syaa ALLAH ada kejayaan untuk mereka yg berusaha dengan bijak dan bersungguh-sungguh...

      Delete
  2. salam adik..nak tny sikit.if adik akak f3 nak pindah ke SAMNI susah tak?sbb adik akk dlu sekolah di penang.skrg nak mintak tukar ke selangor. boleh akk tau SAMNI tu sistem pembelajaran bagus ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.. SAMNI nie Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Jadi, untuk masuk ke SAMNI, adik akak perlu datang dari SABK juga. Pelajar dari SMK, SMKA, MRSM dan SBP tak boleh berpindah ke SAMNI. Jadi, kalau adik akak memang sebelum ni sekolah SABK, tiada masalah rasanya untuk masuk ke SAMNI. Bergantung pada keputusan peperiksaan adik akak dan kekosongan tempat di SAMNI.

      Untuk soalan ke-2 akak, waktu zaman saya di SAMNI (2010-2012), sistem pembelajaran SAMNI amat bagus sebenarnya. Ada cikgu yang setiap kali kelas, mesti baca ayat-ayat ringkas yang bagus sebelum belajar. Nak bersoal jawab dengan cikgu pun mudah. Tapi waktu tuw, sy masih x menggunakan sistem PBS. So, adik akak nie zaman PBS, sy x pasti lah sistem PBS di SAMNI okay ke x. Btw, sy yakin sistem pembelajaran di SAMNI sentiasa okay.

      Sebelum sy masuk SAMNI, sy selalu jugak dengar cerita yang negatif2 tentang SAMNI. Tapi bila dah masuk, rupanya SAMNI okay je. Just biasalah jumpa pelajar yang nakal2 sikit. Kat mana2 sekolah pon ada. Cikgu di SAMNI pon baik-baik belaka. Malah, ada ustazah di SAMNI yang aktif dalam penulisan majalah Islam.

      Wallahhu 'Alam...
      Allah Yutfah 'Alaikum.. :)

      Delete
  3. Salam. Saya sedang cari info tentang SUPERB ni sebab anak dapat temuduga masuk SUPERP untuk tingkatan 1 ni. Klu ikutkan, ade program tahfiz dan DLP ni rse sangat la nak dia belajar sini tetapi memandangkan jauh jugak dari rumah saya harap akan buat keputusan yang tepat untuk anak saya. First time nak berjauhan dengan anak dara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, adakah anak puan akan belajar di SEPERB nanti?

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete