Sebelum PMR
Haaa, sy amik PMR tahun 2012. Batch sy batch yg ke-2 terakhir ambil PMR sebelum KPM menukarkan PMR kepada PT3 pada tahun 2014. Suatu hari sebelum PMR berlangsung, GPK HEM sekolah sy, Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI) mengumumkan bahawa sistem permohonan kemasukan Ting. 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2013 dah dibuka. Sy excited GILER dengar pengumuman tuw. Memang dari sekolah rendah lagi sy nak sngt duduk kat asrama. Tp apakah daya, result UPSR n PSRA sy x cukup hebat nak masuk asrama. Huhuhu... Kali nie, sy berharap lah result PMR sy okey dan dapat masuk SBP.
Permohonan tuw secare online, senanglah nak memohon, so sy pon mohonlah dengan gembira. Yeay.... Dalam pemohonan SBP, perlu dinyatakan pilihan SBP yg kita nak. Dalam banyak2 senarai SBP yg ada, sy pilih KISAS. HAHAHA...! Kenapa KISAS...? Sebab KISAS jelah yg selalu sy dengar SBP yg mempunyai reputasi yg bagus. Waktu tuw sy x tahu lg BETAPA BANYAK lg SBP yg bguz2 belaka selain KISAS.Otak sy just memikirkan KISAS je.
Dalam ruangan "Adakah anda setuju ditempatkan di SBP selain pilihan anda?", sy letak lah "YA". Sebab takut x dapat tempat di KISAS lak. Al-maklumlah, kan ramai yg memohon KISAS kan.. Katanya saingan sengit nak masuk KISAS. Sy mohon aliran Sains Tulen sbb mak sy kata aliran Sains Tulen boleh sambung belajar dlm apa2 jenis bidang sekali pon dan peluang tu terbuka luas, lagi2 sy aim nak jd engineer. Lagi pun, KISAS x ada aliran Sains Teknikal. So, sy mohon je lah Sains Tulen. Beberapa hari selepas tuw, sy pon hantarlah salinan pemohonan dan salinan sijil2 yang berkaitan ke KISAS.
Sebenarnya, ada 2 lagi sekolah impian sy ketika itu selain KISAS.
1) Maktab Rendah Sains Mara, MRSM
2) Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah , SIS
SIS tuw pon sy mohon jugak. Tp MRSM sy tak mohon. Sy x tahu kenapa sy x apply MRSM waktu tuw. Maybe sebab sy x berapa yakin dengan result PMR sy nanti. Yela, result trail PMR sy pon just dpt 3A 5B 1C je... Tulah result paling bagus sy sebelum PMR sebenar... Hemm.. Entah lah...
Selepas PMR
Alhamdulillah, sy dpt straight A, 9A PMR. Result nie amat mengejutkan sy sekeluarga sebab ini adalah result terbaik yg pernah sy dapat sebelum nie. Result trail PMR sy pon just 3A, Alhamdulillah, rezeki Allah yg tetapkan. Tahun yg sama, ada 7 orang yg dapat 9A. 1 orang lelaki, 6 orang perempuan. Lepas sy dapat result PMR, GPK HEM memberi nasihat kepada sy untuk mengisi borang pemohonan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) yg lain. GPK HEM minta sy buat pemohonan tuw sbb sekolah sy, SAM Nurul Iman tak ada aliran sains. Jadi, sy mohonlah SAM Bestari dan SAMT Hishamuddin Kampung Jawa.
Result Pemohonan Sekolah
Alhamdulillah, sy mendapat bnyk tawaran sekolah... Tp permohonan ke SBP tuw, sy x dapat KISAS, sy dapat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) aliran Sains Tulen...!!! HAHAHA...!!! Terkejut jugaklah dpt SUPERB sbb sy x pernah tahu langsung tentang kewujudan SUPERB...Yg sy tahu Lebuhraya Karak... wuuu~ Sy tanya lah MR. Google pasal SUPERB... Patutlah sy x pernah dengar pasal sekolah tuw, rupanya SUPERB baru je wujud.. Waktu sy terima tawaran tuw, usia sekolah SUPERB x sampai setahun lg... SUPERB baru ditubuhkan 8 bulan sebelum sy terima tawaran ke situ. Muda lg SUPERB nie~
Tahun tu jgk, just ada 2 orang je student skolah sy yg dpt SBP iaitu sy sendiri dan Zaki (bukan nama sebenar) (8A). Zaki dpt SBPI Sabak Bernam (INTERSIBER) aliran sains Teknikal. Mesti korang tertanya-tanya kan yg lagi 6 orang perempuan 9A tuw x dpt SBP ke... Yup, dieorang x dpt SBP... Rezeki dieorng bukan di SBP... Sbb ape? Katenya, dieorang apply KISAS dan ruangan "Adakah anda setuju ditempatkan di SBP selain pilihan anda?" dieorang letak "TIDAK".. Jadi, mungkin inilah puncanya. Just Mungkin... Kalau nak tawu secara sahih, tepat dan jitu, kena pergi Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan lah tanya sendiri... Hehehe... Btw, ada seorang perempuan 9A tuw memang nak stay kat SAMNI pon. n Dia seorang je pelajar 9A daripada 7 orang tuw yg stay kat SAMNI sampai SPM.. Baki 6 orang lagi termasuk sy berhijrah ke sekolah lain. Sy berpindah ke SUPERB, 5 orang lg berpindah ke SAM Bestari...
Tawaran-tawaran Sekolah yg sy dapat;
1) Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, SUPERB (SBP) (Sains Tulen)
2) Sekolah Menengah Agama Izzuddin Syah, SIS (Sekolah Agama Kerajaan Negeri) (Sains)
3) Sekolah Agama Menengah Bestari, SAM BEST (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, SABK) (Sains)
Berdasarkan sistem SABK, student SAMNI yg dpt result tertentu ditetapkan sekolah untuk mereka selapas PMR iaitu:
1. PMR 7A = SAMT Hishamuddin Kampung Jawa, SAMTiSH
2. PMR 8A = SAMT Tengku Ampuan Jemaah , SAMT TAJ
3. PMR 9A = SAM Bestari, SAM Best
Berdasarkan sistem SABK, student SAMNI yg dpt result tertentu ditetapkan sekolah untuk mereka selapas PMR iaitu:
1. PMR 7A = SAMT Hishamuddin Kampung Jawa, SAMTiSH
2. PMR 8A = SAMT Tengku Ampuan Jemaah , SAMT TAJ
3. PMR 9A = SAM Bestari, SAM Best
p/s: Pengalaman ini dikongsi bukan untuk berbangga-bangga or what... Just berharap agar pembaca dapat menjadikan panduan halatuju selepas PMR/PT3...